Hadis
daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Yang bermaksud:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sebuah badan NGO yang aktif melaksanakan
pelbagai program Dakwah, Pendidikan, dan Kebajikan khusus kepada asnaf Mualaf
dan juga asnaf lain seperti fakir miskin serta ibu tunggal.
Pelbagai projek telah dijalankan seperti kelas pemantapan
aqidah, program intensif fardu ain, klinik bacaan Al-Quran, kaunseling, kem
remaja muallaf, semarak Ramadhan, ziarah dan kauseling, misi syahadah dan
dakwah perkampungan orang asli.
Dengan rendah hati kami membuka peluang dan merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk bersama-sama terlibat bagi menyokong usaha ini dengan menyalurkan seberapa mampu sumbangan kewangan.
Tanpa sokongan semua, segala matlamat dan usaha murni ini tidak
mungkin tercapai. Kami mendoakan agar sumbangan yang diberikan oleh Tuan/Puan
dinilai sebagai pahala amal soleh yang berpanjangan serta mendapat rahmat dan
kasih sayang daripada Allah S.W.T di dunia dan juga di akhiarat .